UBK



FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga.

FALSAFAH
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

MISI
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING


-Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

-Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak
mulia.

-Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

-Mewujudkan suasana pembelajaran yang
memberansangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.

-Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

  -Memupuk semangat patriotik dan
kualiti kepimpinan
di kalangan murid.


VISI
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN & KAUNSELING

Pekhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

OBJEKTIF
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

-Meningkatkan kecemerlangan akademik murid.

-Memberikan pendedahan kerjaya kepada murid.

-Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid.

-Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu.

-Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah.

-Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid.

 
BIDANG
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

· Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling

· Pengurusan dan Pentadbiran

· Akademik

· Kerjaya

· Psikologi & Kesejahteraan Mental

· Keibubapaan

· Pembangunan Diri

· Pendidikan Pencegahan Dadah/
Rokok/ Inhalan dan HIV/AIDS                                             

SEJARAH
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Negara ini pada tahun 1960an. Menitikberatkan kepada bimbingan kerjaya dan pelajaran di bawah Guru Panduan.

Menjelang tahun 1979 perkhidmatan ini dilaksanakan di semua sekolah menengah di bawah Guru Kaunseling Secara Separuh Masa. Maksudnya di samping menjalankan perkhidmatan ini guru kaunseling dikehendaki mengajar mata pelajaran akademik.

Tahun 1996 perkhidmatan ini dilaksanakan sepenuh masa di sekolah menengah oleh Guru Kaunseling.

Tahun 2001 perkhidmatan ini dilaksanakan secara separuh masa di sekolah rendah di bawah Guru Bimbingan.

Pelaksanaan tugas berdasarkan kepada panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

KOD ETIKA
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

· Mematuhi undang-undang Negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.

· Menjaga tatalaku demi memelihara piawaian dan identitI sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.

· Sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

· Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

 
TANGGUNGJAWAB
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Mengutamakan kepentingan dan hak klien.

Memahami dan menghormati latar belakang sosioekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.

Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.

Membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlaku.

Merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya