Sejarah SMK Pengkalan Permatang
Sekolah ini dibina di atas tapak Ladang Loke Yew di Pasir Penambang dengan keluasan 15 ekar bermula pada tahun 1990. Tiga Blok Bangunan Tiga Tingkat dengan kelengkapan 18 bilik darjah , 4 makmal sains lulus untuk digunakan pada 1 hb Disember 1991 dengan nama SMK Pasir Penambang dan memulakan sesi persekolahan dengan 117 pelajar Tingkatan 1 pada Januari 1992.
Satu Blok Bangunan Setingkat Bengkel KHB siap digunakan pada tahun 1994 dan mendapat kelulusan pendaftar untuk ditukar nama kepada SMK Pengkalan Permatang pada 17 hb Mei 1994.
Sekolah ini memulakan Program Percantuman Pendidikan Khas/Kelas Pendidikan Khas Intergrasi pada 3 hb Januari 1996. Pada Januari 2002 bengkel MPV-SRT siap dibina dan memulakan elektif Mata Pelajaran Vokesyional (MPV) untuk mata pelajaran Seni Reka Tanda (SRT)dan Menservis Peralatan Elektrik Domestik.(MPED).
Pada tahun 2002 juga gred sekolah telah dinaikkan daripada sekolah gred B menjadi sekolah gred A dan mendapat kelayakan perjawatan 4 Guru kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang).
Satu Blok Bangunan Tiga Tingkat dengan kelengkapan 10 bilik darjah dan dan satu makmal sains siap digunakan pada 21 hb November 2002. Pada tahun 2003 Makmal Komputer juga telah siap dibina.
Pada 16 hb. Ogos 2004 memulakan kelas Tingkatan 6 Rendah dan Januari 2006 menjadi Pusat Latihan Kecemerlangan Sukan Teras Olahraga dan Hoki. Surau dan Pusat Akses (Cyber) telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007 .
Pada November 2007, kontraktor yang bertanggungjawab telah memulakan pembinaan 2 blok empat tingkat, 2 rumah warden dan satu dewan makan untuk asrama sukan di atas tanah 3 ekar yang diambil dari kawasan SMK Agama. Asrama ini telah disiapkan pada Mac 2009.
Bermula Januari 2008, sekolah mendapat pertambahan jawatan kenaikan pangkat PPPS DG 52, DG48, DG 44 untuk semua guru yang mengajar Tingkatan VI.
Tahun 2008 pula menyaksikan pertambahan jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) seramai 3 orang. Mereka ditempatkan di Kelas Pendidikan Khas.
Mulai sesi persekolahan 2009, sekolah ini menawarkan aliran agama bagi Tingkatan 4 dengan pertambahan subjek dan penerimaan pelajar-pelajar baru.
VISI
SMKPP menjadi sekolah
terbilang , seimbang dan harmonis 2011.
MISI
SMK Pengkalan Permatang berusaha untuk
memaksimumkan potensi diri pelajar dan potensi sistem
untuk melahirkan manusia dan warga yang seimbang dan
harmoni melalui pendidikan bestari dan lestari.
NILAI
Yakin
Amal
Ilmu
Mulia
Ikhlas
Juang
PIAGAM PELANGGAN
Kami pentadbir , guru-guru dan staf sokongan
SMK Pengkalan Permatang Kuala Selangor
berazam dan berikrar dengan penuh iltizam akan
memberi perkhidmatan
yang terbaik dalam semua aspek kepada setiap
pelanggan kami
Dengan
Menitiskan adab dengan program agama dan moral yang terbaik
Mengamalkan pengurusan pendidikan selaras FPN dan PIPP
Menyampaikan ilmu yang benar dan seimbang
Melayani pelanggan dengan senyuman dan mesra alam sekitar
Menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan ikhlas
Bersama-sama menyumbangkan idea, tenaga dan masa untuk kecemerlangan
COGAN KATA
BERILMU DAN BERAMAL
Lencana dan Bendera Sekolah
Lencana Sekolah
Lencana Sekolah Pengertian · Bentuk asas : PERISAI - Lambang ketahanan diri daripada ancaman negatif · Bentuk BULAN DAN BINTANG – Melambangkan kepatuhan kepada agama · Simbol BUKU- Melambangkan sekolah sebagai gedung ilmu · Simbol KELALANG- Melambangkan penguasaan terhadap sains · Simbol GEOMETRI – Melambangkan penguasaan terhadap bidang matematik · Simbol GEAR – Melambangkan penguasaan terhadap kemahiran dan teknologi · Simbol TIGA GELANG BERANGKAI – Melambangkan kecemerlangan dalam bidang sukan · Rupa KOMPUTER – Sistem pendidikan yang menjurus ke arah teknologi maklumat · Warna PUTIH – Melambangkan kesucian dan kebersihan · Warna BIRU TUA – Melambangkan kasih sayang dikalangan masyarakat sekolah · Warna KUNING - Melambangkan kesetiaan · Warna MERAH – Melambangkan keberanian · Cogan kata BERILMU DAN BERAMAL – Memberi maksud setiap ilmu yang diperolehi akan diamalkan dalam kehidupan seharian. | Bendera Sekolah Pengertian · Bentuk BULAN DAN BINTANG – Melambangkan kepatuhan kepada agama dan negara · Simbol LEMBARAN BUKU- Melambangkan sekolah sebagai gedung ilmu · Simbol KELALANG- Melambangkan penguasaan terhadap sains · Simbol GEOMETRI – Melambangkan penguasaan terhadap bidang matematik · Simbol GEAR – Melambangkan penguasaan terhadap kemahiran dan teknologi · Simbol TIGA GELANG BERANGKAI – Melambangkan kecemerlangan dalam bidang sukan · Warna Asas-BIRU MUDA- Iklim sekolah yang harmoni LAGU SEKOLAH Terbilang, Di antara cemerlang ,seimbang,bersatu teguh, harmonis, berkasih dan sayang, gigih gagah jaguh, c/o berilmu untuk beramal, pejuang berhati cekal, membina sejarah bangsa, memimpin warga perkasa, bertaqwa, pada yang ,maha esa membina, umat gemilang, lahirlah insan berjasa, majulah SMK Pengkalan Permatang ( ulang c/o) |